Panas Berapi!!! Isu Seksi: Rozita Che Wan Perlukan Kaunseling.. Dr Har Ditempelaknya Kerana Teguran, Apa Nak Jadi Nie? Jom Terjah!!



Rozita Che Wan


Sejak mengakui hubungan cintanya bersama aktor kacak, Zain Saidin, aktres jelita ini dihujani pelbagai kontroversi. Selain dikritik kerana penampilannya yang semakin seksi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini turut 'dihentam' kerana aksi mesra bersama kekasihnya itu.

Menerusi Zass, Che Ta berkata, dia enggan mengambil pusing kritikan itu, bahkan meminta agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'. Bagaimanapun, kenyataan ibu kepada dua anak itu, mendapat teguran, Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har.
Beliau tidak setuju dengan cara aktres seksi itu dan menyifatkan masyarakat ada hak untuk mengambil tahu dan memberi teguran sesama insan. Pun begitu, Che Ta masih berpegang teguh pada pendiriannya dan enggan mengambil pusing mengenai segala cemuhan serta kritikan pihak lain.
"Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu.
"Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.
"Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!," katanya dalam nada yang tegas.
Sementara itu, Zain turut bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak kontroversi ini dari terus berlanjutan.

1 comments:

  1. bunga 42 thn masih dok berkembang tapi akan layu sikit masa lagi, kumbang 29 thn. bayangkan 18 thn kedepan, kumbang akan masih boleh aktif berterbangan sementara bunga dah 60 thn. sebab tu orang tua2 selalu berpesan 'kena beringat2'.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.