LIVE!! Ceramah DS Anwar Dari Stadium Mini Insaniah, Alor Setar Malam Ini.. Jom Saksikan!!


Kerabat SS akan cuba membawakan siaran langsung ceramah DS Anwar dari Stadium Mini Insaniah malam ini... INSYA ALLAH!!!

Pihak Admin masih lagi berusaha untuk siarkan Siaran Langsung.. Moga dipermudahkan.. 

KESULITAN INI AMAT DIKESALI.. 
SEKIRANYA GAGAL DISIARKAN SECARA LANGSUNG PIHAK ADMIN AKAN SIARKAN RAKAMANNYA.. INSYA ALLAH


Sembilan NGO buat laporan polis berhubung ceramah Anwar di Mergong

ALOR SETAR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual  disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk. 


Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini. 


Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan. 

Wakil penduduk Taman Wira, Mohd Zubir Abd Rahman, 43, berkata penduduk taman menentang keras kehadiran Anwar kerana  ceramah boleh menggangu ketenteraman mereka. 

"Kedudukan padang bola di tengah-tengah kawasan taman perumahan sudah tentu mengganggu anak-anak yang mengulang kaji  pelajaran pada waktu malam untuk menghadapi peperiksaan. 

"Kita tahu Anwar bila mai (datang), orang-orang dia agresif...semua penduduk menjadi tidak selesa. Kalau dia nak tawan Putrajaya  bukan di sini tempat untuk berceramah," katanya sambil mendakwa ceramah itu tidak mendapat permit. 

Antara sembilan NGO itu ialah Badan Generasi Perihatin (BG3R), Pegerakan Pemuda Umno Cawangan Blok B Taman Wira, Skim  Rondaan Sukarela Perumahan Awam Mergong dan Perkasa Kota Setar. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.