PANAS! Inilah Video Terbaru Tun M Diajak Menari Bollywood Dengan Shah Rukh Khan.. Jom Terjah!!



Kedatangan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang sanggup singgah sebentar dari Jakarta, Indonesia semata-mata menghadiri majlis hari lahir ke-87 bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad rupanya menjadi saat paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Mana tidaknya, Shah Rukh Khan yang kononnya 'mengusik' isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali mengajaknya menari sebuah lagu popular dari sebuah filem lakonannya secara spontan mengejutkan hadirin yang diundang khas seramai 300 orang itu.




Diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Mahathir juga dilihat menggoyang-goyangkan badannya menari mengikut irama Bollywood yang sudah menjadi darah dagingnya kerana keturunannya juga berasal dari India.

Jika diperhatikan, memang tidak salah sesiapa pun menari secara spontan tetapi jika ulama Umno seperti Fathul Bari melihat video ini, apa agaknya yang dikatakan kepada kelakuan tak senonoh ini kerana Mahathir bukannya orang biasa tetapi pernah menjadi pemimpin negara yang kununnya mengaku negara Islam selama 22 tahun.

Inikah contoh yang hendak ditunjukkan terhadap generasi muda yang semakin hanyut dibawa budaya hedonisme (hiburan berlebihan) di saat usia subsidinya sudah sepatutnya berjinak-jinak dengan tikar sejadah dan tasbih di tangan?

Mengapa Mahathir sanggup menunjukkan kelakuan hodoh sebegini tanpa memikirkan kesan ke atas akhlak anak muda yang sepatutnya diajar sejak kecil lagi?

Barangkali, inilah tempias yang diterima setelah perdana menteri, Najib Altantuya juga menari hodoh lagu 'Anak Kampung' semasa sambutan rumah terbuka hari raya aidilfitiri tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya yang kerap ditonton semasa Jelajah Merdeka Rakyat hingga menjadi bahan ketawa seluruh negara.

Umno dan hiburan sememangnya tidak dapat dipisahkan, jika terpisah maka hilanglah sokongan orang muda terhadap mereka selain mengajak mereka lalai dan jauh dari suruhan agama.

Insaflah sementara stok nyawa masih ada!

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.