Video Gempar!!! Kerabat Diraja Terengganu, Bekas AJK Bahagian UMNO Dan Tokoh Korporat Muda Sertai PAS (Biodata Mereka Dimuatkan)... Jom Terjah!!!




Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Foto dan Video - Buletin Online 
Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46. Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim kembali menyertai Umno

Selain beliau, turut menyerahkan borang menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan  yang juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman, Datuk Omar Abu  Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim.



Berikut adalah biodata ketiga-tiga tokoh tersebut;
 http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Ku%20Duka.jpg
1. Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah 



YAM Tengku Ibrahim Shah Ibni al-Sultan Ismail Nasir ud-din Shah adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Nasir ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Trengganu Dar al-Iman yang ke-14 memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979



Tengku Ibrahim yang lebih dikenali di kalangan rakyat sebagai Tengku Paduka (Ku Duka) kerana mendapat gelar Tengku Seri Paduka Raja kerana beliau merupakan waris ke lima dalam susunan kerabat DiRaja Negeri Terengganu.



Tengku Ibrahim dilahirkan di Kuala Trengganu, 25 Januari 1939 mendapat pendidikan dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan juga Kolej Melayu kuala Kangsar



Tengku Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Terengganu apabila memulakan perkhidmatan awam negeri Terengganu pada 1959 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO), Penolong Setiausha Kerajaan Negeri Terengganu.



Penglibatannya dalam dunia politik tanah air, Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan bertanding pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995.



Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim telah menjadi ahli parti Umno.
Hari ini beliau membuat pengistiharan memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan meninggalkan UMNO.


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Datuk%20Omar%20Bakar.jpg
2. Datuk Omar Abu  Bakar.



Dilahirkan di kijal, Kemaman, Terengganu pada tahun 1950. Mendapat pendidikan di universiti nasional dan universitas Papajaran Bandung, Indonesia dlm bidang pengajian bahasa, sosiologi dan antrapologi.



Beliau merupakan bekas Wartawan Utusan Malaysia dan bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas Menteri Pertahanan:
i.    YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak)
ii.     YAB. Tun Hussein Onn 
iii.     YAB. Tun Mahathir. 



Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman Zaman TS Wan Mokhtar.



Datuk Omar juga bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan S/U. Semangat 46 Bhg. Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (skg Air Puteh Kemaman 1990)



Selain itu, pelbagai jawatan dibarisan kepimpinan aktivis sosial di peringkat negeri dan Nasional, dan beliau juga berkeluarga ipar sepupu kepada Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Raja Mohd Alias Ali. 




http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Amzad.jpg
3. Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim 



Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu ,  Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di 
1.    Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
2.    Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 
3.    Aktivis pelajar ipu-ukm.



Amzad Sekarang bekerja sebagai Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi, Pulau Pinang.



Amzad juga berpengalaman dalam bidang korporat, mengambil alih dan memulihkan MSET Shipbuilding CORPORATION SDN. BHD. 
sebagai Pengarah Urusan (1995-April 2004)  



Beliau juga mengambil alih dan memulihkan PMINT Engineering sekarang dinamakan MSET Engineering dari tahun 2000 – 2006.



Amzad juga bertanggungjawab Rekabentuk dan Membina pelbgai jenis kapal dan bot pelbagai kegunaan untuk pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan termasuk tempahan dari syarikat syarikat luar negara seperti dari Amerika syarikat, Australia, German, dan lain lain negara.



Antara jawatan persatuan dan NGO yang pernah disandang oleh Amzad adalah seperti :



1. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia (sehingga pertengahan 2004) 
2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI. 
3. Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Presiden 2004-2005, 2007  



Kecemerlangan dalam dunia perniagaan dan korporat diiktiraf dan pernah menerima anugerah Kategori Kejuruteraan dan Pembuatan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu ~ buletinonline.net/
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.