Terbongkar!! KM Melaka Tidak Keluar Wang Untuk Majlis Perkahwinan Yang Dihadiri 130 Ribu Manusia, Siapa Taja?.. Jom Terjah!!

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah. Ketika dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata beliau tidak boros.

"Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai," katanya.

Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S. Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.



"Tiada siapa dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut, termasuk kakitangan kerajaan negeri," kata Mahadevan pada Selasa.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, pada Ahad. Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa Mohd Ali mendedahkan kos yang dibelanjakan pada majlis perkahwinan anaknya dan daripada mana sumber kewangan tersebut diperolehi.

"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya.

"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan,” kata Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan membantu dalam majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.

Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka itu heboh selepas dilaporkan memecahkan rekod 'Malaysian Book of Records' dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.

"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut," katanya. Beliau turut menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu turut diperolehi secara percuma.


 ~mstar

1 comments:

  1. Pundeklah ko semua percuma....dey tambi lu ingat semua orang sukarela itu hamba abdi sultan melaka ke? Makanan percuma tu dari bunian ke? Nak auta pun agak-agaklah dey!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.