Saksikan Wacana Kupasan Bajet Kerajaan Pusat Dan Bajet Alternatif Pakatan Rakyat Berlangsung Malam Ini.. Insya Allah Kita Akan Cuba Siarkan Secara Langsung...

Wacana Bajet 2013
Wacana Bajet 2013
 
SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian Siri ke-14 berlangsung malam ini, mengupas bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Pusat dan bajet alternatif oleh Pakatan Rakyat (PR) bulan lalu.

Pertemuan kali ini berlangsung jam 8.30 malam.

Ia mengetengahkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Wacana kali ini akan dipengerusikan oleh moderator terkenal, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Ia akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Masuk adalah percuma dan mereka yang berminat boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) dan Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, pihaknya yakin wacana kali ini akan bertindak sebagai ruang terbaik kepada rakyat khususnya pengikut dan penyokong kedua-dua BN dan PR memperoleh gambaran menyeluruh mengenai bajet kali ini.

Katanya, Kumpulan Media Karangkraf mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengikuti wacana di auditorium.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.