Nah!!! Sememangnya Naluri Manusia Suka Tengok Orang Berbogel.. Gambar Orang Ternama Nie Buktinya, Telah Dilihat Lebih 154 Juta Orang.. Jom Terjah, Siapa Dia Nie??


Putera Harry
GAMBAR telanjang Putera Harry adalah koleksi foto yang mendapat perhatian paling ramai apabila dilihat melebihi 154 juta orang.
Portal Femalefirst pada Khamis melaporkan, gambar bogel yang tersebar itu secara tidak langsung memberi publisiti percuma kepada Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) yang dianggarkan bernilai $24 juta pound (RM68.8 juta).
Kerabat diraja Britain berusia 28 tahun itu berjaya membangkitkan kontroversi apabila gambar bogelnya bermain biliard di sebuah hotel mewah di Las Vegas bersama sekumpulan wanita cantik telah tersebar di Internet pada Ogos lalu.

Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan Lembaga Pelawat dan Konvensyen La Vegas (LVCVA), peristiwa itu berjaya meningkatkan industri pelancongan bandar itu kerana ia disaksikan orang ramai dalam jumlah yang banyak.
Lembaga Pengerusi LVCVA, Tom Collins dalam mesyuaratnya berharap perbuatan Harry itu mendapat keberkatan daripada Tuhan.
“Semoga Tuhan memberkati Harry. Dia berjaya membuatkan kita mendapat wang yang banyak,” katanya seperti dipetik portal gosip AS, TMZ.
Aksi bogel Putera Harry yang tersebar di Internet mendapat liputan meluas media Barat.
Agensi tersebut bagaimanapun tidak pasti sejauh manakah skandal yang dicetuskan itu memberi keuntungan tetapi pada dasarnya ia memberi kesan positif kepada ekonomi.
Putera Harry kini berada di Afghanistan selepas dikerahkan bertugas selama empat bulan di Kem Bastian di wilayah Helmand.
Pada bulan lalu Harry yang dikenali sebagai Kapten Wales dalam pasukan tentera telah dipindahkan di sebuah lokasi selamat semasa serangan puak Taliban di pangkalannya.
Beliau sebelum ini telah menghabiskan masa selama 10 minggu di wilayah tersebut tetapi terpaksa dibawa pulang ke United Kingdom selepas pihak media melaporkan identitinya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.