tips2 untuk jimat minyak,melalui pengalaman sendiri dan kawan2 :)
Tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan petrol anda.
1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau
diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di
mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol
bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini
berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya.
Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
2.Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong.
Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin
besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap
tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki
apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda
“E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol
meruap, maka lebih cepat habis.
3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah
bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang
sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara
perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin
tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan.
Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan
untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis
petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis udara dan penapis
minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km
sekali)
5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan
Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik
memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh,
nyata menjimatkan minyak.
6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik
melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting
jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih
baik bawa kereta.
7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka
tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap
terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan
mudah.
8.Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan
enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan
enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak
(maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan
enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1
minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
11.Elakkan menggunakan gear rendah
. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni
bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki
bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan
segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja
untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana
sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.
12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin
, kalau kereta
biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak
tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug
seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah
terbukti !!!)
13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya)
. Lagi
kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block
heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan emosi anda.
Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum,
minyak pun save dan anda pun kurang terbakar.dan lagi satu,disarankan
beli tinted UV protection,selain serap haba,kereta akan lebih sejuk,so
sebelum beli tinted servey dulu mana tinted yang best.selalunya yang
berkualiti agak mahal,penggunaan tinted yang berkualiti juga dilindungi
dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan retak
14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N
sebab
filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran
udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas
dan mudah tersumbat
15. Pasang intercooler pada enjin anda
(bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
16. Spark plug perlu dlm keadaan baik
( Tak hitam & gap OK)a
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ▼ 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment