Pada pukul lebih kurang 4 petang lebih, berlaku satu kemalangan ngeri di simpang empat berdekatan MyDin Ayer Keroh, Melaka. Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan termasuk 3 lori, kereta dan motosikal. Mengikut berita dan sumber di tempat kejadian, kemalangan adalah disebabkan sebuah lori yang melanggar masuk ke lorong yang salah. Terdapat beberapa mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil di tempat kejadian.
Gambar Lagi2
MELAKA - Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.
Salehhudin berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.
"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakan pelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren. - Bernama
0 comments:
Post a Comment