Panas!!! Jelajah Merdeka Rakyat Di Tmn Guar Perahu Tidak Mendapat Sambutan, DS Anwar Gembira??



Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu pada 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.


Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa , beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR, pada 3 hb yang lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.


TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.


Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..


Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.


Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah,Sdr. Raymond Ahuar  yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.


Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan ‘Hijau Menuju Putrajaya’ yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.


Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PHd dari bangsa Murut.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..


Penceramah utama DS Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.


DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.


Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

Sumber: ASD

2 comments:

  1. UMNO SEKARANG MAIN KITAR SEMULA. HARI2 MEREKA DUDUK DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH UNTUK MENCARI FILE LAMA. MANA ADA, KERTAS TU ORANG DAH KUTIP DAH JUAL TIMBANG KILO. WALAU DAH TAK ADA, UMNO TETAP NAK SELONGKAR JUGA LONGGOKAN SAMPAH TERMASUK BANGKAI GAGAK YANG ADA. BEGITULAH IBARATNYA APABILA KEADAAN SUDAH TERDESAK, MEREKA SANGGUP MASUK TONG SAMPAH UNTUK MENCARI BAHAN LAMA.

    ReplyDelete
  2. Wa sudah cakap. Itu UMNgOk memang jahat punya parti. Itu parti nanti ha...lepas ini PRU 13, diaolang kasi bikin kecoh punya pasat sudah kalah maa. Mesti hati hati punya oooo. Diaolang punya jahat ma sampai simpan dalam musium pun , itu musium akan losak ma sebab sangat mussuk haa.
    Dia Halam Jadah ma. Phuui.!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.