Justeru, bekas menteri besar Perak enggan mengulas perkara itu di media buat masa ini.
Ditanya berhubung penjelasan yang akan diberikannya, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang itu mengulangi jawapannya:
"Kena tunggu respons (melalui) surat. Kita tunggu saja."
Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.
Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.
Sementara itu, Sinar Harianmelaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata, sekiranya peluang diberikan untuk membuat penjelasan mengenai kenyataannya dalam Twitter, isu permohonan maaf kepada rakyat Johor tidak mungkin timbul.
"Jika ada pihak yang mempertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," beliau dipetik sebagai berkata.
Mohammad Nizar menghantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor (atas) pagi ini, lapor harian itu.
0 comments:
Post a Comment