Tahniah!! Hanya Tuah Tidak menyebelahi Pasukan NegeriKu.. Kenari Gagal Ke Final Piala FA. Inilah Video2 Jaringan Semalam...


Post image for VIDEO GOL KEDAH VS KELANTAN 1 MEI 2012 – SEPARUH AKHIR PIALA FA 2012

KELANTAN mara ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut memburu kejuaraan sulung selepas mengikat Kedah 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi, untuk mara menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Dengan kedua-dua pasukan turut terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu, 21 April lalu, kebangkitan Kelantan menjaringkan dua gol pada babak kedua selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama berjaya mengikat agregat 3-3.

Stadium Darulaman yang dipenuhi 30,000 penyokong tuan rumah bergema pada minit ke-30 apabila Khyril Muhymeen Zambri berjaya menjaringkan gol pertama Kedah selepas menguis masuk rembatan Baddrol Bakhtiar, sekali gus mengelirukan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu terus berkedudukan selesa melangkah ke final selepas Khyril sekali lagi mudah menyudahkan lorongan Fazliata Taib untuk gol kedua Kedah pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, jaringan pertama Kelantan seawal minit ke-46 menerusi tandukan Obinna Nwaneri hasil sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin menghidupkan semula semangat anak-anak buah Bojan Hodak.

Kelantan akhirnya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-59 selepas Mohammed Ghaddar bijak memanfaatkan kelekaan barisan pertahanan Kedah dengan melepaskan sepakan kaki kiri menewaskan Helmi Eliza Elias.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.