Inilah Video Sorakan Untuk Memalukan PM Haji Najib Di Kota London Dalam Majlis Pertemuan PM Dengan Warga Malaysia.. Jom Terjah!!!


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

“Anda boleh jumpa saya kemudian ok…bolehkah anda tolong hentikannya?” kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.

Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.Sumber Malaysiakini

1 comments:

  1. Pakej Group 40 orang/Rombongan/Lawatan bas:
    40 orang/ kumpulan: RM10/seorang semalam @ RM400/bas.
    Semua dilengkapi kemudahan asas seperti TV, kettle, Iron, berhawa dingin dan berdekatan Kedai Runcit.
    Hubungi En Azman 0123736548 atau layari http://jasinhomestay.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.