Dihalang Dan Bergelut Dengan SB Untuk Sampaikan Memo Kat PM Haji Najib Di Batu Pahat, Apa Sebenarnya???

Oleh MTD PAS Benut

imageBATU PAHAT – Keberanian Pak Habib atau nama sebenarnya Syed Hamid Ali meredah halangan pihak berkuasa daripada menghampiri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatan kerja ke bandar ini dekat sini, wajar diberikan pujian.

Ketua Cabang PKR Batu Pahat itu berkata, gara-gara ingin menyampaikan memorandum rakyat berhubung isu air beliau terpaksa melalui beberapa halangan manusia sebelum berjaya menyerahkan tuntutan rakyat kepada Najib.

”Aku dikeroyok dan bergelut dgn bbrapa org sb sebelum berjaya menyampaikan memo ttg air kepada najib yang mau ‘mesra’ dgn rakyat !



”Aku dihalang n bergelut dgn sb utk serah air kpd najib,” ujar beliau yang dipetik laman facebook rasminya.

Difahamkan, masalah bekalan air bersih masih merupakan isu yang menghantui penduduk daerah terbabit.

Selain dari kadar tarif yang tinggi, banyak lagi masalah yang tidak menyenangkan seperti air paip yang selalu keruh dan kadang-kadang berbau klorin, gangguan bekalan air tanpa notis, tekanan rendah dan lain-lain lagi.

”Ada pula sekelompok manusia yang seolah-olah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air. Mereka tinggal di Kampung Kelicap yang tidak jauh dari pusat bandar Batu Pahat. Selama-lamanya, mereka hidup dengan air hujan dan perigi sahaja !,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, empangan Bekok yang merupakan sumber utama penyaluran air telah diragui tahap kualitinya ekoran terdedah kepada pencerobohan dan pencemaran.

Malah beliau turut mendakwa, tahap kesihatan kira-kira 500,000 pengguna dikhuatiri terjejas akibat ancaman kesihatan akan dihadapi termasuk penyakit kronik dan barah.

Ibn Bacoks sebelum ini pernah menyiarkan kesulitan yang dialami penduduk Kampung Kelicap berhubung masalah tersebut yang tidak diperolehi sejak 50 tahun lalu.

Dalam pada itu, penduduk mendakwa sudak banyak kali permohonan dilakukan namun tiada sebarang perkembangan positif yang diterima.

Selain itu, air yang diperolehi penduduk hanya menggunakan sumber perigi malah menyedihkan lagi mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapat bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.