Siapakah mereka anak-anak muda ini? Mereka pada asalnya berhimpun pada 14 April untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan tetapi kemudian perhimpunan itu menjadi ala "occupy wall street" dan mereka telah membina khemah sejak malam 14 April lagi. Beberapa khemah telah dirobohkan beberapa hari yang lalu tetapi kini bantuan dan simpati dalam berbagai bentuk kepada anak-anak muda ini datang mencurah-curah. Tiba-tiba Dataran Merdeka menjadi perhatian bukan kerana biasanya tetapi kerana ia menjadi tempat anak-anak muda berkhemah sebagai satu cara untuk menekan kerajaan supaya isu PTPTN ini diselesaikan. Ramai yang memberi pandangan tentang anak-anak muda yang berkhemah ini, tidak kurang yang memandang negatif seolah-olah anak-anak muda ini mahu bikin kacau dan menimbulkan huru-hara.
*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.
0 comments:
Post a Comment