Gambar!!! Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Terima Tajaan Bateel Asia RM600,000 Sempena Perkahwinannya 4 Mei Nanti...


Alhamdulillah. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sudah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang.
Pasangan ini bakal mengikat tali hubungan sebagai suami isteri di sebuah majlis pernikahan pada 4 Mei 2012 ini & bakal berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya.
Majlis resepsi Scha al-Yahya dan Awal Ashaari bakal di’adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei 2012.
Menariknya, majlis perkahwinan & juga pernikahan pasangan ini bakal menerima tajaan mewah cenderahati mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bakal diedarkan kepada tetamu bernilai RM600,000. 
Astro Ria akan bertindak sebagai penyiar rasmi untuk kedua dua majlis pernikahan & persandingan untuk pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya.
Majlis pernikahan akan di’siarkan secara langsung menerusi Saluran 104 dan resepsi perkahwinan akan di’rakam untuk siaran episod khas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.