ALOR SETAR, 12 Jan - Gambaran pelukis serta plan tapak surau baru yang bakal dibina menganti kan Surau Al-Sahiliah sudah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.
Gambaran pelukis berdasarkan senibina yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri ini bagi mengantikan Surau Al-Sahiliah yang menjadi pertikaian beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Gambaran pelukis ini sekaligus menjelaskan tohmahan pihak terbabit bahawa Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan mengenai surau baru yang bakal dibina.
Dengan sebuah kubah dan menara dibahagian sisi hadapan serta senibina bercirikan Timur Tengah dibahagian luar, surau yang bakal dibina jelas kelihatan sebagai tempat beribadat umat Islam.
Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 400 jemaah pada satu masa, ia lebih menyerupai sebuah masjid bukan lagi surau.
0 comments:
Post a Comment