Makin Panas!!! Hassan Ali Makin Bengang Dengan SU Agung PAS... Mahu Saari Shugib Dikenakan Disiplin Kerana Dedahkan Sesuatu...

Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

NONEMenyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, Hasan juga menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.

Hasan turut menyifatkan pergeseran mutakhir sejak minggu lalu antara beliau dengan pemimpin parti itu berpunca daripada kenyataan Saari yang dipetik beberapa media - termasuk Malaysiakini.

1 comments:

  1. Maaf cakap ;
    Hasan berkata beliau  mengharapkan pimpinan pusat  melakukan siasatan dan mengambil tindakan disiplin terhadap Shaari kerana membuat pengumuman mengenai pencalonan mendahului pemimpin tertinggi parti.
    Pada pendapat saya apa yang Shaari kata mengenai Hassan hanyalah isu dalaman dan kecil.Jangan nampak sangat kita berebut kerusi di saat kita menguar-uarkan perjuangan kita dengan pengucapan yang bombastik.Apakah Hassan sendiri tidak sedar kenyataan-kenyataannya mengenai dasar dan matlamat parti telah mendahului pemimpin tertinggi parti.Sedarkah wahai pemimpin bahawa media perdana seperti TV3 tidak akan beri ruang mudah dan percuma kepada pemimpin-pemimpin pembangkang melainkan apa yang keluar dari mulut mereka boleh menguntungkan parti lawan.
    Jangan memberi peluru kepada lawan untuk menembak kawan dengan alasan kita seorang ikhlas dan berprinsip.Jika tidak lebih baik keluar parti dan jadi wakil bebas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.