Hakim Rohana Yusof Menolak Dengan Kos Permohonan PAS Mencabar & Menghentikan Akta Perhimpunan Aman - Inilah Alasan2 Yang Diberikanya..

Permohonan PAS mendapatkan kebenaran bagi mencabar dan menghentikan Akta Perhimpunan Aman ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini.

Hakim Rohana Yusof berkata, sekurang-kurangan dua daripada pemohonon merupakan anggota parlimen dan berpeluang luas membincangkan dan menentangnya daripada diluluskan dalam dewan daripada menyalahguna proses mahkamah bagi tujuan itu.

NONEBeliau juga berkata, permohonan itu pramatang kerana akta itu masih belum menjadi undang-undang; dan sekiranya sudah menjadi undang-undang, kesahannya masih boleh dicabar di mahkamah.

Percubaan oleh mahkamah untuk membetulkan atau memutuskan mengenai perkara itu akan mengganggu proses undang-undang parlimen dan melanggar doktrin pengasingan kuasa, tambah Rohana.

Hakim mengarahkah kos RM8,000 dibayar kepada kerajaan.

PAS pada 2 Disember lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad (atas, berbaju putih) Sabu dan dua anggota parlimennya, mereka antaranya menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan/atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai). Mereka diwakili peguam PAS Hanipa Maidin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.