YAN, 3 Nov: Kesemua 35 mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana alam yang berlaku pada Ahad dan Isnin lalu menerima bantuan kewangan dari Tabung Bencana Alam Daerah Yan. Bantuan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Adun Sungai Limau pada pertemuan dengan mangsa tersebut di Surau Kampung Kuala Sedaka, petang semalam. Hadir sama Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail, isteri kepada Ahli Parlimen Jerai, Kasmuri Jaafar dan Pegawai Khas Kawasan, Muzaini Azizan. Terdahulu, Pejabat Menteri Besar Kedah melalui wakilnya juga telah melawat kesemua mangsa dan menghulurkan bantuan kewangan sehari selepas kejadian alam itu menjadikan keseluruhannya berjumlah RM600 setiap mangsa. Azizan dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan mereka yang terbabit dengan bencana itu dan berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan bebanan membaik pulih kerosakan rumah yang dialami. "Saya sedih kerana ketika kejadian saya tak ada di sini, dan apabila mendapat berita saya telah arahkan pegawai menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat. "Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung akibat kejadian bencana alam yang berlaku tanpa kehendak manusia," katanya. YAB MB Kedah bersama Pegawai Daerah Yan, En. Zahari Ismail (kanan sekali), MKK serta Saab Md Arof, Pengerusi JKKP Kg. Kuala Sedaka, Yan (paling kiri) ketika meninjau kwsn yg dilanda ribut di Sedaka, Yan. YAB MB turut menyampaikan sumbangan kpd semua 35 mangsa. Azizan kemudiannya dibawa melawat rumah-rumah yang mengalami kerosakan akibat bencana itu. Oleh: Mohd Shubihi Muhamad Zain |
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ▼ 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment