Di saat perhatian seluruh negara terarah kepada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam yang hanya menyaksikan kehadiran 1,000 orang menurut Berita Hairan, rupanya Timbalan Presiden Umno-APCO Muhyiddin Yassin juga cuba menggempur Selangor dengan slogan manis mulut di bibir, "Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini Barisan Nasional" di lima DUN seluruh negeri itu.
Dalam keghairahannya bersama Najib Altantuya yang sudah "menggempur" negeri terkaya di Malaysia itu, wujud juga kembimbangannya terhadap trend pergolakan dalaman Barisan Najis khususnya Umno-APCO sendiri.
Umum mengetahui bahawa sudah ada sekurang-kurangnya tiga kem berasingan dalam Umno-APCO negeri yang secara tak langsung menjahanamkan peluang mereka sendiri untuk merampas negeri ini dari tangan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Antara kem yang sudah mengisytiharkan diri mereka wujud adalah Timbalan Pengerusi Umno-APCO negeri Noh Omar, Ketua Pembangkang di DUN Selangor Satim Diman dan senator kotak Ezam Senatak yang dibantu oleh bekas ahli PKR dan GAPS yang keluar parti.
Kem bekas menteri besar, Khir Toyo hanya menjadi pengacau dan pemerhati dari luar.
Tetapi ada satu rahsia umum hasil dari kenyataan Muhyiddin yang secara halus menempelak bosnya sendiri Najib Altantuya yang mengepalai Umno-APCO negeri.
Muhyiddin menempelak strategi Najib Altantuya untuk meletakkan muka-muka baru di sesetengah kawasan yang dianggapnya boleh mencapai kemenangan.
Hasilnya, kepimpinan Umno-APCO negeri gagal mencapai kata sepakat untuk mengisi kerusi DUN yang bakal ditandingi.
Sudahlah slogan yang digunakan Muhyiddin berbeza dengan Najib Altantuya, kini secara tidak langsung terserlah perpecahan antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno-APCO ini.
Sekurang-kurangya, dipercayai lebih 15 kerusi Umno-APCO berada dalam keadaan bahaya termasuklah kerusi panas yang dimenangi majoriti kurang 1,500 undi dalam pilihanraya umum Mac 2008 lalu.
Antara kerusi yang dianggap tidak selamat adalah Sri Serdang dalam parlimen Puchong iaitu kerusi Satim sendiri dengan hanya memperolehi majoriti tipis 45 undi!
Dan kerusi-kerusi lain yang dianggap kritikal adalah DUN Sabak (majoriti 117), DUN Taman Templer (613), DUN Sungai Air Tawar (123), DUN Paya Jaras (642) dan DUN Morib (286).
Menurut sumber yang rapat dengan Umno-APCO negeri, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.
Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh presidennya, Najib Altantuya.
Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri.
Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir dan serbuan gereja DUMC di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Di samping itu, Setiausaha Umno-APCO Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Ungku Salleh Ungku Jamal juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan selepas menggantikan Suhaimi Ghazali pada Januari tahun ini.
Bekas MB Selangor, Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.
Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.
Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.
Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.
Hasilnya, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.
Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.
Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.
"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.
Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.
"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.
Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.
"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.
Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja.
Apa yang pasti, Muhyiddin sebenarnya mahu melihat Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat kerana hanya dengan kekalahan tersebut akan menyebabkan tekanan supaya Najib Altantuya berundur lebih kuat dirasai.
Hematnya, biarlah Selangor tidak dimenangi asalkan Barisan Najis kekal memerintah Putrajaya dan Najib Altantuya bakal tersingkir sepertimana yang pernah dilakukannya bersama Mahathir menjatuhkan Pak Lah hingga terpaksa berundur Mac 2009.
JALAN PULANG
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ▼ 2011 (1330)
Ya Allah, kau kekalkanlah pemimpin yg lebih banyak membawa kebaikan dan keadilan di selangor khususnya n di malaysia amnya. Bantulah kami utk menolak pemimpin yg lebih mementingkan diri dan membawa mudarat kepada rakyat.
ReplyDeleteBerilah kesedaran dan petunjuk kepada kami agar kami dapat membuat pilihan yg betul... Amin!