Filem "Nasi Lemak 2.0" Mendapat Bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak.. Mengapa???

Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukakan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

NONEBeliau berkata bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.

"Sekiranya ada perkara yang tidak kena boleh kemukakan kepada kita untuk penilaian dan kajian kerana ia memang di bawah KDN pun," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri BN Kapar di Klang hari ini.

Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda.

Presidennya Faizal Affendi Hashim berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagi kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata pihaknya masih belum menerima sebarang lapora mengenai perkara itu.\

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.