Takziah: Bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse, 75, meninggal dunia di kediamannnya di ibu negara.

Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993.

Raja Aziz, 75, pernah menerajui Majlis Peguam dan peguam sivil yang dihormati ramai. Beliau juga terkenal kerana mewakli beberapa individu terkenal dalam kes mereka.

Antaranya termasuk kes liwat pertama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, kes saman RHB terhadap pengasasnya Tan Sri Rashid Hussein dan beberapa kes sivil yang lain.

Jenazah allahyarham ditempatkan di kediamannya di Bukit Kenny dan dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disolatkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.