Polis mengeledah rumah penulis blog Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung tweet yang dihantarnya bulan lalu.
Chan, seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.
Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.
Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".
Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.
Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.
Ditanya pemberita mengenai rampasan komputer Chan, Ridzuan enggan mengulas dan beredar dari situ.
Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar kerana menyuarakan fikiran saya."
Bercakap kepada pemberita kemudiannya di luar rumahnya, Chan bertegas beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghasut sesiapa, "tweet saya terhad kepada (900 ahli) tetapi privasinya telah disalahgunakan."
Chan, yang merupakan kakitangan sementara di sebuah unit kerajaan Pulau Pinang, bertekad tidak akan berhenti menggunakan tweet kerana dia mempunyai hak kepada kebebasan bersuara.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
-
▼
2011
(1330)
-
▼
July
(139)
-
▼
Jul 29
(7)
- Pemuda Comel Ini Cetuskan Kontroversi Mohon Tukar ...
- Semakin Terlampau.... Mohamed Ghani Buat Kecoh Lag...
- Timbalan Pengerusi SPR Diasak Dengan Teruk Oleh Pe...
- Terkini!!! Pasangan Kontroversi Ini Gembira Setela...
- Pasca Bersih : Polis Rampas Komputer Dan Modem Ser...
- Kepincangan Sistem Pilihan Raya - Borang 11 Penyel...
- Kesian Norman KRU... Dah 2 Tahun Kahwin Belum Memp...
-
▼
Jul 29
(7)
-
▼
July
(139)
0 comments:
Post a Comment