Gambar2 Perkahwinan Penyanyi Tomok Dengan Pramugari MAS Di Mana Umur Isterinya Tua 5 Tahun Darinya...

Tomok dan Rahayu selamat dinikahkan. Foto - SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.

Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu

Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).

Senyuman ikhlas dan gembira dari seorang isteri

Inilah gambar isteri Tomok yang bernama Rahayu Abbas, 32 yang merupakan pramugari MAS, pasangan ini sah menjadi suami isteri pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna Au2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam. ( Sebab hari ini dah Sabtu ).

Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).
Rahayu Ketika Khatam AL-Quran


Gaya seorang isteri

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.