Tahniah!! Inilah Wajah Cucu Pertama Penerbit Filem, Raja Azmi Dan Jailani Sidek

Muhammad Akid, Cucu Pertama Raja Azmi Raja Sulaiman

Tahniah pada penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman atas kelahiran cucu pertamanya yang bernama Muhammad Akid Bin Mohammad Shadan.

Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan dengan selamat oleh ibunya, Puteri Suraya Mohd Jalani yang juga anak sulung kepada Raja Azmi di Hospital Ampang Puteri pada Ahad, 5 Jun 2011 yang lalu, tepat jam 12.21 tengahari.

Kelahiran bayi tersebut bukan saja telah disambut dengan rasa penuh sebak dan kesyukuran oleh kedua-dua ibu bapanya tetapi ia juga oleh Raja Azmi serta suaminya, Jailani Sidek yang merupakan pemain badminton negara.

Malah, difahamkan juga Raja Azmi tidak dapat menahan air matanya daripada menitis sebaik saja cucunya yang pertama itu berada di dalam pangkuannya.

Dia juga turut menganggap bahawa setelah diuji dengan pelbagai cabaran serta dugaan sebelum ini, kelahiran bayi tersebut adalah satu rahmat yang cukup besar dalam hidupnya.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.