RM3.5 juta Duit Rakyat Dibelanjakan, Kos Iklan Sokong Projek Email 1Malaysia Tricubes.. Kerajaan Anggap Amat Kecil....

Soalan No: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 13 JUN 2011 (ISNIN)
SOALAN

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta Perdana Menteri menyatakan kos perbelanjaan siri advertorial Economic Transformation Programme (ETP) dalam akhbar sejak ETP dilancarkan. Memandangkan email 1Malaysia adalah inisiatif swasta, kenapakah Kerajaan perlu membelanjakan wang untuk menyiarkan advertorial Truths and Lies about My Email untuk mempertahankan projek email 1Malaysia pada 6 Mei 2011.

NONE

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Secara menyeluruh, sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan pada bulan Oktober 2010, sebanyak 36 advertorial ETP disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan (pelbagai bahasa). Ini menelan belanja sebanyak RM 3.5 juta dan dianggap amat kecil perbelanjaan tersebut jika dibandingkan dengan faedah-faedah yang telah diperoleh daripada wujudnya ETP ini dari segi peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI), pelaburan daripada sektor swasta dan juga peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020.

Pihak kerajaan mangambil pendekatan untuk member maklumat yang terkini kepada rakyat mengenai Program Tranformasi Ekonomi. Maklumat ini disediakan melalui pelbagai media termasuk media cetak untuk rakyat membuat penilaian tersendiri tentang program serta status perlaksanaan program yang telah diumum oleh YAB Perdana Menteri. Maklumat diberi bertujuan untuk memastikan bahawa fakta yang benar dan tepat diberi kepada rakyat.

Sebagai contoh, salah satu tanggapan yang salah dan mula tersebar di media online, facebook, twitter dan lain-lain lagi adalah bahawa Kerajaan akan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulakan projek MyEmail ini. Sama sekali kenyataan ini adalah tidak tepat dan saya ingin menekankan bahawa pihak Kerajaan tidak akan mengeluarkan walaupun satu sen untuk projek ini.

Kerajaan memainkan peranan sebagai fasilitator terhadap initiative syarikat-syarikat swasta dalam projek-projek permulaan (Entry Point Projects/EPP). Oleh itu, kerajaan harus menunjukkan bahawa ianya komited terhadap member sokongan terhadap syarikat-syarikat yang terlibat. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan bukan sahaja daripada syarikat-syarikat dalam Negara, malahan pelabur-pelabur asing terhadap kerajaan Malaysia.

Lebih-lebih lagi, sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan fakta-fakta yang salah, pihak kerajaan tidak perlu ke hadapan untuk menerangkan keadaan yang sebenar dan contoh paling baik kita dapat lihat daripada ini adalah apabila cerita-cerita yang sama sekali tidak tepat dikeluarkan mengenai MyEmail tersebut, dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi pihak kerajaan harus megambil tindakan secepat mungkin untuk memperbetulkan kenyataan-kenyataan salah itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.