Hangat!!! Gambar2 Datuk Siti Nurhaliza Menyertai Askar Wataniah.. Siap Dengan Pakaian Seragam Bergambar Di Samping Menteri


Jika sebelum ini sudah dikhabarkan bahawa Dato Siti Nurhaliza akan menyertai wataniah, kini beliau sudahpun mengotakan khabar itu setelah menghantar borang penyertaan dan menerima seragam anggota berkenaan. Tetapi yang bagusnya, bukan Dato Siti sahaja, beberapa selebriti lain juga menyertai badan tersebut di antaranya Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana Raffali dan Aizat. Menurut Dato Siti beliau pernah terlibat dalam latihan lasak ketenteraan untuk sebuah program. Jadi harap Dato siti dapat menyesuaikan diri hidup di dalam alam tentera ya.


Lain pula dengan pelakon popular 2010 ni, Shaheizy Sam. Katanya, menyertai askar wataniah adalah bagi menunaikan cita-cita arwah ayahnya kerana sebelum ini ayahnya memang menggalakkan dia menyertai bidang berkenaan sementara boleh mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang sememangnya menyeronokkan.

Tahniah untuk semua selebriti yang menyertai anggota wataniah, mereka memang patut dipuji kerana mungkin dengan cara ini lebih ramai lagi rakyat malaysia berminat untuk menyertai wataniah.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.