Unit Amal Negeri Sembilan Hulur Bantuan Mencari Mangsa Lemas Di Ulu Bendul...


ULU BENDUL - Jabatan Unit Amal Negeri Sembilan Jempol/Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan mencari mangsa lemas, Nur Syaza Sakinah, 2 di sungai Ulu Bendul dekat sini.

Diketuai oleh, Shahrudin Abdul Rahman, 46 dengan kekuatan ahli seramai 20 orang, mereka menyusuri anak sungai Ulu Bendul sehingga ke Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Shahrudin berkata, operasi mencari mangsa sudah bermula semalam pada jam 3.30 petang hingga 6 petang.

“Kami turut terpanggil untuk membantu keluarga mangsa dan melalui pendekatan ini, kami cuba sedaya upaya mencari kanak-kanak itu.

“Berdasarkan kepada maklumat pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Pilah, kami diminta mencari sekitar sungai Ulu Bendul sehingga ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Dengan kekuatan beberapa ahli, kami akan membantu keluarga mangsa,” katanya ditemui disini, semalam.

Hadir sama, Yang dipertua Pas Jempol, Abd Rahman Ramli.

Sehubungan dengan itu juga, mereka turut mengadakan solat hajat di surau Hutan Rekrekasi Ulu Bendul sebelum memulakan operasi mencari mangsa lemas tersebut.

“Ini sudah menjadi tradisi kami, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu menunaikan solat hajat supaya dipermudahkan olehNya. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di tempat lain kami turut mengadakan solat hajat supaya kanak-kanak malang itu dapat ditemui cepat mungkin” Katanya.


Walaupun operasi mencari mangsa kanak-kanak itu sudah ditamatkan semalam, pihak mereka tetap akan mencari mangsa itu dillokasi yang disarankan oleh pihak berkuasa dan terus dipergiatkan terutamanya Sabtu dan Ahad.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.