Ada Video: Presiden Amerika Sahkan Osama bin Laden Meninggal Dunia... Siapa Yang Membunuh Pejuang Ini???


Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.

NONEWartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

****************************************
Gambar fail Osama bin Laden bertarikh 26 Mei 1998 ketika berada di Afghanistan. — Foto Reuters
WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.


1 comments:

  1. Al-Fatihah..
    Sy mengucapkan Takziah kpd umat Islam bkn kerana kematian Osama yg telah diumumkan oleh Obama ini..
    Kematian Osama sepatutnya diumumkan oleh pihak2 yg rapat dgn Osama dan bukan Musuhnya..
    Maka sy berpendapat bahawa Amerika adalah pihak yg Intim dgn Osama krn dgn perkaitan Osama lah Amerika dpt menjarah Iraq,menceroboh Afghanistan dan tidakan2 yg sememangnya sudah dirancang oleh mereka sejak sekian lama itu..
    Jika ada yg menganggap Osama ini pejuang Sy hanya menganggapnya sebagai Perkakas utk Amerika dan Israel utk mewajarkan Tindakan mereka membunuh Beratus ribu Umat Islam yg tidak berdosa..
    Pengumuman kematian Osama oleh Obama ini (Nama pun dekat2 sama,para pengkaji konsporator ble la buat kajian lps neh)menandakan Satu peralihan Fasa sedang berlaku dan sedang digerakkan ataupun sudah dugerakkan dan kita akan dpt melihat apakah muslihat sebenar disebalik pengumuman ini menjelang hujung Tahun ini..
    Pengmuman oleh Obama ini adalah permulaan kpd Perancangan yg berskala lbh besar dan melibatkan lbh byk negara sebagai sasaran dan mangsa (perlu kita igt kini Eropah semakin ramai yg menganut Islam) yg akan menyaksikan Penguasaan Israel sebagai Kuasa besar Dunia..
    Maka sy merasakan Sesuatu yg lbh besar dari apa yg kita pernah saksikan akan berlaku kelak..
    Jgn melihat sesuatu itu dgn pernyataan yg diucapkan,ttp kajilah mengapa pernyataan itu diucapkan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.