Mengapa 2/3 ADUN Melaka Mengalami Masalah Obesiti?

Sebahagian besar ADUN Melaka yang menjalani ujian kesihatan hari ini didapati mengalami masalah obesiti atau lebih berat badan.

Pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan kira-kira 20 pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang tidak sesuai.

NONENamun begitu, pemeriksaan lain seperti tahap glukosa dalam air kencing dan darah berada di paras normal. Begitu juga tekanan darah.

Kira-kira 20 ADUN, termasuk daripada pembangkang, terlibat dalam program itu.

Daripada jumlah itu, 2/3 daripadanya didapati obes.

Exco negeri yang bertanggungjawab dalam urusan kesihatan, pemulihan projek, pembangunan pekan kecil dan NGO Datuk Seet Har Cheow ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Dengan keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut, Seet juga menasihatkan ADUN negeri itu mengawal berat badan melalui pemakanan yang seimbang.

"Saya nasihatkan mereka supaya mengawal gula, makanan berkarbohidrat serta makanan berlemak mulai saat ini terutama ketika menghadiri pelbagai majlis ketika menjalankan tugas mereka.

"Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti kerja, mereka tidak harus mengabaikan waktu tidur dan banyak minum air kosong menggantikan air bergula.

"Begitu juga makanan bersantan yang banyak menyumbang ke arah pertambahan berat badan," katanya yang juga mengalami masalah serupa.

Melaka kedua obes


Mengulas keadaan dirinya sendiri, ADUN Klebang itu berkata, dia juga tidak menyangka turut dikelaskan sebagai obes kerana ia tidak boleh dinilai berdasarkan keadaan fizikal.

NONEKatanya, kelihatan kurus tidak semestinya tidak obes.

"Bukan hanya ADUN, tetapi seluruh warga Melaka juga perlu menjaga pemakanan kerana negeri Melaka jatuh tempat kedua warganya paling ramai obes di Malaysia.

"Oleh yang demikian tindakan segera perlu diambil oleh semua rakyat Melaka khususnya Adun bagi melahirkan warga sihat juga wakil rakyat yang sihat agar kerja-kerja mereka sebagai wakil kerajaan tidak terjejas," katanya.

Dalam pemeriksaan hari ini, selain melakukan pemeriksaan glukosa, tekanan darah, dan timbangan berat badan, darah mereka juga diambil untuk dihantar ke makmal bagi mengesan penyakit serius yang lain.

Bagi pemeriksaan NONEx-Ray mereka perlu ke Poliklinik Ayer Keroh berhampiran dengan tarikh yang ditetapkan.

Selain itu ADUN turut mengisi satu borang untuk mengetahui sejarah penyakit mereka.

Antara ADUN yang mengambil bahagian ialah Adun Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin, Adun Tanjung Bidara, Datuk Ab Karim Ab Sulaiman, Adun Machap, Datuk Lai Mei Chong termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.