Inilah Gambar2 Kebakaran Banglo 4 Tingkat Milik S/U Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor










Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

- Bernama

3 comments:

  1. itu lah, sebelum sembang kencang sgt...kan...

    ReplyDelete
  2. Besarnya rumah pemimpin umno....4 tingkat bang....berapa punya banyak duit dia ada yer....sampai tak dapat nak taksir lagi kerugian...banyaklah tu!

    ReplyDelete
  3. takpa nanti boleh bina baru. rumah tu pun dah 25 tahun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.