DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd - Kedai Kek SECRET RECIPE Juga Tak Terkecuali, Disahkan Jakim...

PENGGUNA
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
Bil Produk
Syarikat
1. CARAMEL CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
2. FROZEN CHICKEN RENDANG DRUMSTICK
BRAND: SECRET RECIPE / GREEN MASTER
-GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD
15/04/2013 GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD
3. HIGH FIBRE CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
4. ICED BLENDED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
5. ICED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
6. SECRET RECIPE THOUSAND ISLAND DRESSING
BRAND: SECRET RECIPE
-UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD.
14/11/2011
sumber: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan seperti senarai di atas.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion. (IH)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.