Peguam Anwar Persoalkan Integriti Siasatan Polis - Kemunculan Video Lucah DS Anwar Di Youtube

KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemunculan klip video, selepas didedahkan dua minggu lalu, menimbulkan persoalan mengenai integriti siasatan polis memandangkan “Datuk T” mendakwa telah menyerahkan kesemua rakaman kepada pihak berkuasa.

“Jika kita percaya kenyataan ini, satu lagi persoalan yang memerlukan jawapan ialah kemunculan secara tiba-tiba klip video dalam internet,” kata Sankara Nair dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Sankara berkata, jika benar hanya “Datuk T” yang memiliki cakera-cakera padat terbabit, polis perlu membawa mereka bertiga untuk siasatan segera memandangkan kemunculan klip juga satu bentuk kerja menyebarkan bahan-bahan lucah.

Mengenai tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ketulenan klip itu Jumaat lalu, Sankara berkata, beliau tidak bersetuju dengan pengumuman yang dibuat dalam tempoh yang singkat itu.

Justeru, beliau menimbulkan tanda tanya soal ketulenan diumumkan dalam beberapa hari.

Kata beliau, melihat pada isu ini yang kompleks adalah lebih elok pihak polis mendapatkan pendapat pihak lain sebelum memutuskan kata muktamad mengenai soal ketulenan.

“Secara logik, ia akan mengambil masa yang lebih lama sebagaimana disaksikan dalam siasatan klip VK Lingam (pada 2007).

“Ketika siasatan menentukan ketulenan klip VK Lingam, ia mengambil masa kira-kira 30 hari atau lebih untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Malah kata beliau, pegawai-pegawai juga dihantar ke Madrid untuk mengesahkan penemuan klip.

Sankara juga berkata berdasarkan pengalaman kes liwat kedua membabitkan Anwar, Sankara berkata, beliau secara peribadi ada mengesan beberapa kecacatan dalam klip yang sedang disebarkan menerusi Internet.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.