Seorang Dari 7 Nama Bakal Calon BN Adalah Wanita... Apakah BN Akan Pilih Wanita Pulak???

Bagaimanapun, Ghazalee menegaskan salah seorang daripada nama yang dihantar merupakan seorang wanita.

PETALING JAYA: Umno bahagian Jasin masih menunggu nama calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, kata Setiausaha Umno bahagian itu, Datuk Ghazalee Mohamad.

“Umno bahagian (Jasin) menghantar tujuh nama kepada Umno negeri untuk dipilih tetapi sehingga ini kami belum menerima sebarang berita.

“Terpulang kepada mereka (Umno negeri) untuk membuat pilihan kerana Umno bahagan tidak mempunyai kuasa memilih calon,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu nama calon-calon berkenaan tetapi menegaskan salah seorang daripada nama yang dihantar merupakan seorang wanita.

Difahamkan mereka termasuk Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Roslan Ahmad, Ketua Wanita bahagian Zaleha Bujang dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Mohd Said Yusof.
Sementara itu, AJK Umno bahagian Datuk Abdul Rahim Abu berkata, Roslan paling disebut-sebut untuk menjadi calon BN di Merlimau.

“Tetapi calon lain juga berwibawa, maknanya semua yang dicalonkan layak mewakili BN. Mengenai calon wanita, mereka boleh bertanding jika ada kewibawaan,” katanya.
Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mahu Umno mencalonkan seorang wanita untuk Merlimau setelah tidak berjaya di Tenang.

Pakatan Rakyat pula akan mengadakan mesyuarat malam ini untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di Merlimau.

Dalam pilihanraya umum 2008, Yang dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang bertanding di kerusi tersebut tetapi diahamkan PAS sedia memberi laluan kepada PKR.

Pilihan raya kecil (PRK) Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari BN, bulan lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan 26 Febuari sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac hari pengundian.

Merlimau mempunyai daftar pemilih seramai 10,679 orang merangkumi 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.