Dakwaan Pemuda UMNO Kedah Hanya Untuk Publisiti, Tak Benar Langsung... Tiada Penyelewengan Dalam Pembinaan KUIN

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyatakan terdapat unsur rasuah dalam pemberian kontrak untuk membina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil.



Pengerusi BDB, Dato’ Paduka Mohd Saad Endut berkata, pemberian kontrak itu adalah mengikut prosedur yang ditetapkan, dakwaan berlakunya salah aturan dalam pemberian kontrak itu adalah tidak benar.



Pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) sebagai kontraktor kecil bagi pembinaan kampus KUIN adalah sebulat suara dan diperakui sepenuhnya oleh lembaga.



“Kedah Sato mempunyai reputasi yang baik, cekap dan dihormati berdasarkan pengalaman antarabangsa dan rekod pencapaian yang kukuh, pihak kami yakin mereka mampu menyiapkan KUIN dalam tempoh yang ditetapkan,” jelas beliau pada satu kenyataan media.



Tambah beliau, dengan peluang ini, KSSB teruja dalam usaha meningkatkan kepakaran industrinya sendiri dan pertumbuhan masa depan dengan perkongsian strategik ini di Malaysia dan juga antarabangsa.



Pembinaan kampus KUIN yang bernilai RM330 juta dijangka siap pada September 2012. Bagi fasa pertama pembinaan ini diberikan kepada KSSB dan fasa yang seterusnya juga diberikan melalui sistem tender.



“Memandangkan projek itu perlu disiapkan dalam tempoh ditetapkan, lembaga memutuskan pihak pengurusan harus memilih kontraktor kecil yang mempunyai kelayakan sesuai untuk melaksanakan baki projek terbabit.



“Pertimbangan utama ialah rekod pencapaian dan kedudukan kewangan kontraktor itu, dan berdasarkan kriteria ini, lembaga telah bertindak secara profesional.



“Semua keputusan yang dibuat hingga kini, disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko sebelum dipertimbang oleh lembaga, yang mempunyai keanggotaan pengarah bebas yang seimbang," katanya.


Warta Kedah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.