Menteri Enggan Ulas Isu Firma Malaysia Terbabit Dengan Rangkaian Syarikat Dapatkan 'Barangan Sensistif' Untuk Iran

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memilih untuk tidak menjawab apabila diminta mengulas pendedahan laman sesawang Wikileaks pada Ahad lalu, bahawa ada firma Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.

NONE"Bagi perkara yang merentas sempadan seperti ini, kita perlu babitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Wisma Putra (Kementerian Luar) berhubung kebimbangan ia menjejaskan hubungan dua hala ataupun pelbagai hala,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Semua pihak yang relevan perlu dibabitkan kerana kerajaan tidak boleh bertindak secara silo.

"Kita mesti rujuk dengan angensi risik pakar luar negara yang kita ada berhubungan,” katanya.

Ditanya mengenai butiran firma tempatan yang dipalitkan dalam isu itu, Hishamuddin juga cuba mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung.

NONE"Ada syarikat Malaysia yang terbabit tetapi saya tidak boleh ulas kecuali saya berunding dengan pihak yang relevan dahulu. Ini isu baru dan kesannya serius, biar kami tangani dengan cara yang betul dan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat,” kata ahli parlimen Sembrong itu.

Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONEMenurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.

Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Skylife Worldwide dilaporkan kini disiasat oleh polis.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.