Memang Benar Program Sehanti Berdansa Penyumbang Kepada Perceraian.... Rekod Hingga Kini Sudah 8 Pasangan....

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Syed Hussein Syed Mustafa, 27, enggan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya dengan isteri, Noor Diyana Muhammad, 26.

Syed Hussein atau lebih dikenali dengan panggilan Sein memberitahu, dia dan Noor Diyana sudah sepakat tidak berkongsi dengan masyarakat mengenai kisah peribadi mereka itu. Bagi Sein, apa yang berlaku merupakan perkara yang cukup sulit untuk dibincangkan atau dihebahkan kepada umum.

"Biarlah hanya kami dan keluarga masing-masing sahaja yang tahu tentang situasi sebenar. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu bercerita apa-apa kerana ia adalah kisah yang cukup peribadi.

"Apa yang penting buat saya dan Nana (panggilan untuk Noor Diyana) adalah untuk memikirkan masa depan anak-anak kami dan meneruskan kehidupan masing-masing," jelasnya dalam nada tenang ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sehati Berdansa Musim ke 3

Ketika ditanya adakah punca perceraiannya disebabkan kehadiran orang ketiga, Sein yang juga bekas anggota kumpulan Ruffedge menafikannya.

"Siapa yang tidak sayangkan perkahwinan ini dan kami sendiri telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan ikatan ini. Nampaknya ia tidak dapat diselamatkan lagi dan kami mengambil keputusan untuk bercerai secara baik," ujar Sein sambil mengakui hubungannya dengan bekas isteri dan keluarga mertua masih lagi berjalan dengan baik.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga 9 Julai 2006. Perkahwinan itu bertahan selama empat tahun dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syed Taariq Al-Qudsy Syed Hussein, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy Syed Hussein, setahun.

Juara program realiti Sehati Berdansa musim ketiga itu menjadi pasangan kelapan yang menyertai program itu, disahkan bercerai. Sebelum ini, tujuh pasangan sudah bercerai.

Mereka ialah vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz serta Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Tiga pasangan lain ialah penyanyi utama kumpulan OAG, Radhi dan Shazlin Sharif; pelakon Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan

2 comments:

  1. Sein sambil mengakui hubungannya dengan bekas isteri dan keluarga mertua masih lagi berjalan dengan baik. - Mertua dia ada kat mana sekarang?

    ReplyDelete
  2. tidak lupa juga Fahrin dan Linda (walaupun dorang belum kahwin...)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.