Kronologi Kembalinya ADUn Tenang Ke Rahmatullah Pagi Tadi... Al Fatihah

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Selain rawatan penyakit kencing manis, allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut bekas ahli parlimen, Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad, ahli polirik Johor itu akan dikebumikan di tanah perkuburan di Labis hari ini.

Sebelum ini, Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Dengan kematiannya itu, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan satu lagi pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya dijangkakan Januari

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

azlanPerikatan pembangkang - Pakatan Rakyat telah memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil terpaksa diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.

BN menguasai 50 kerusi di dewan undangan negeri Johor manakala Dap mempunyai empat dan PAS pula dua.

Tenang dilihat sebagai sebagi sebuah lagi kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

- MalaysiaKini -


***********************************

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita di pekarangan hospital berkata, pihaknya bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di Tenang.

“Kita terpaksa berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil kali ke-14 selepas pilihan raya umum 2008.

“Kita sudah bersedia untuk menghadapinya, sebelum ini kita berlawan dengan PAS tapi kali ini kita tidak tahu sama ada PAS akan tanding atau tidak.

“Kita siap sedia hadapi pilihan raya kecil,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Sulaiman.
“Kita semua rasa sedih kerana kehilangan YB Sulaiman yang meninggal dunia pukul 1.10 pagi tadi,” katanya.

The Malaysia Insider menyiarkan laporan mengenai keadaan Allahyarham Sulaiman pagi semalam dengan memetik pembantu peribadinya Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan keadaanya dikatakan stabil.

“Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan,” kata Razak.

Razak berkata Adun penggal kedua itu turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga datuk dan keadaan beliau sekarang stabil,” kata Razak.

Noraini juga mengesahkan wakil rakyat itu berada dalam keadaan stabil dan doktor menasihatkan Sulaiman supaya berehat.

Katanya, Allahyarham dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru.

“Doktor arahkan supaya Datuk (Sulaiman) berehat sahaja sekarang ini. Datuk sekarang dalam keadaan stabil, tapi beliau masih lagi lemah.
“Pada 24 November Datuk masuk (hospital) kerana jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang itu dah OK.

“Tapi sekarang Datuk kena jangkitan kuman dalam darah pula, doktor cakap mungkin datang (dijangkiti) daripada pelawat yang melawat beliau,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider lewat petang semalam.

Tambah Noraini, doktor juga tidak membenarkan sesiapa termasuk dirinya melawat Sulaiman kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.