Terkini Dari Galas - Wujud Penipuan Kertas Undi Di 2 Pusat Mengundi, Laporan Polis Akan Dibuat

GALAS:

12.38pm YB Fatah Mahmud dan YB Zaki turut hadir di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaacob, YB Zaki Ibrahim, YB Nasaruddin Md Isa dan Dr Mariah di pusat pengundian Sek Men Keb Tg Indra Putra.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus.Seramai 5732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.

11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

12.00pm Yang sedikit membimbangkan PAS kini ialah undi masyarakat orang asli. Kebanyakannya telah datang dengan berbaju merah - pakaian rasmi UMNO BN di PRK Galas. Mereka seperti mengikut arahan pihak tertentu. Apatah lagi SPR bercadang mengira undi penduduk asal ini di pusat penjumlahan.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.31am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.30am Setakat ini belum ada laporan dari mana-mana pihak tentang ke mana Ku Li sebagai pengarah jentera operasi pilihanraya UMNO-BN menghilang?

11.20am Penyokong PAS terus menaikkan banner untuk menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN mengenai isu wang zakat kepada muaallaf.

UMNO BN yang terang-terangan memberi rasuah dipejamkan mata sedangkan TGNA menghulurkan zakat kepada orang Asli yang baru memeluk agama Islam dituduh sebagai sogokan.

Hal ini telah GB ulas di SINI.

11.10am Penyokong PAS masih setia dan terus berusaha untuk meraih sokongan untuk calon PAS.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penung dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.56am Di Pusat Pengundian Sek Men Indra Putra Gua Musang, YB Dr Siti Mariah melaporkan - Suhakam telah mendirikan khemah dan pusat aduan ramai bagi mengawasi perjalanan pilihanraya kali supa dijalankan dengan telus dan adil. Baguslah mereka datang dan teruskan ditempat lain, kita mahu keadilan ditegakkan dan ada lah tempat mengadu.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli iaitu Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

10.45am Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Galas dan Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut pula terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Dilaporkan kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.



10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Naib Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.31am Isteri calon PAS bergambar bersama penyokong PAS di Kg Pulai.

Bernama pula melaporkan adanya pergaduhan kononnya dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, didakwa sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Walaubagaimana pun laporan Bernama yang sentiasa senget sebelah itu tidak akan dipercayai oeh rakyat kerana ternyata di dalam manpa-mana PRK penyokong UMNO BN yang keterlaluan.

10.30am Kelihatan TGNA diwawancara oleh stesyen TV Astro Awani sebentar tadi. Beliau menyeru semua penyokong supaya tidak terlibat dengan sebarang percubaan provokasi. "PAS sudah membuktikan yang kita bukan parti yang buat kacau. Kita bergerak secara 'wasata' (tepat)".

10.20am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

10.12am Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

Kiri kanan jalan menuju ke pusat pembuangan undi para penyokong mengibarkan banner. Antaranya muslimat memegang poster "Minyak Naik Lagi?"

Calon PAS tiba di pusat pengundian Sek Keb Lepan Jaya, Lepan Tupai. Di sini jalanraya agak sesak memandangkan bentuk muka bumi yang berbukit. Walaupun kabus yang tebal di kawasan ini memberi kesejukan, namun suasana penyokong di sini lebih hangat berbanding di pusat-pusat pengundian lain.

10.10am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

10.06 am Masyarakat Tionghua turut bersama menyambut pengundi dengan memegang bendera dan poster calon PAS di Galas

10.04am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

10.02am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

10.00am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.55 am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asl

9.53 am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Calon PAS dan isteri berada di Kg. Pulai. Di Sek Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang cawangan Pulai ini hanya ada satu saluran sahaja.

9.49 am Calon sudah sampai di pusat pengundia Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya, Lepan Tupai dengan diiringi oleh Tuan Guru Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Dato' Anuar Tan. Suasana peraih undi dan penyokong masih terkawal.

9.47 am Calon PAS yakin kemenangan berpihak kepada parti Islam, Insya Allah.

Beliau ketika diusik oleh pengundi tentang kesihatannya berkata, "Alhamdulillah, saya sudah semakin kurus sekarang," jawabnya sambil tersenyum.

9.27 am Calon PAS sudah tiba ke pusat pengundian Sek Keb Seri Wangi. Suasana terkawal walaupun terdapat sedikit perang mulut antara kedua-dua penyokong.

Calon BN Abdul Aziz juga tiba di Sek Keb Seri Wangi.

9.20 am Bilangan penyokong PAS mendahului penyokong UMNO. Mereka datang daripada segenap pelosok negeri dan mula membanjiri pintu masuk pusat-pusat pengundian. Masing-masing dengan baju, topi, payung dan pakaian berlogo PAS. Kebanjiran penyokong dengan laungan takbir dan aksesori ini memeriahkan suasana pilihanraya

9.15 am Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.06 am Penyokong Umno membuat kecoh di hadapan Sek Tg Indera Petra dengan kata-kata provokasi. Penyokong PAS melaungkan takbir dan ada pihak cuba meleraikan keadaan

9.01 am Cuaca mendung hari ini tidak membataskan perjalanan calon melawat pusat-pusat pengundian. Sekarang ini calon sudah calon PAS sudah tiba di Sekolah Tengku Indera Petra dan menegur sapa pengundi-pengundi di sana. Keikhlasan beliau berjabat tangan dan memesrai rakyat disenangi olah ramai pihak. Tiada pertengkaran dilaporkan di sana sehingga kini.

8.46 am Isteri calon, Puan Zainab Jalar baru selesai membuang undi dengan ditemani oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed di Sek Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang, Kg Bharu.

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26 am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25 am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

7.55 am: Tok Guru Nik Aziz dan Dr Zul sudah sampai di Sungai Terah. Berhenti di Masjid Sg Terah bersebelah dengan Sek Keb Tg Mohd Faqry Petra untuk menunaikan solat Hajat

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.