Pelakon Terkenal Hollywood Berjaya Memanjat Bangunan Tertinggi Di Dunia - Burj Khalifa



Tom Cruise melakukan sendiri aksi lagak ngeri di bangunan Burj Khalifa di Dubai, baru-baru ini. – AGENSI


Tom Cruise dilapor memanjat bangunan tertinggi di dunia di Dubai, bagi menjayakan aksi lagak ngeri untuk filem terbarunya, Mission Impossible: Ghost Protocol.

Aktor tersebut dilihat memanjat pencakar langit Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 828 meter (2,717 kaki).

Criuse yang digantung dengan abah-abah dari bahagian paras pemerhati di tingkat 124 pencakar langit tersebut, berjaya melakukan aksi berbahaya itu bersama seorang lagi pelakon.

Aktor berusia 48 tahun itu, melakonkan semula watak ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Ethan Hunt buat kali keempat bermula dengan filem pertama Mission: Impossible pada 1996.

Cruise sering melakukan sendiri lagak ngeri bagi filem-filem aksi lakonannya dan beberapa bulan lalu dia dilihat melakukan ‘flying fox’ tanpa memakai baju bagi satu babak aksi dalam sebuah filem.

Jalan cerita Mission Impossible: Ghost Protocol masih belum didedahkan. Apa yang diketahui, pelakon-pelakon filem tersebut seperti Cruise, Ving Rhames dan Simon Pegg akan digandingkan bersama Jeremy Renner dari The Hurt Locker's dan Josh Holloway dari Lost.

Filem tersebut yang ditulis bersama J.J. Abrams dan diarahkan pakar animasi serta pengarah Brad Bird, bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Disember tahun depan. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.