Hanya Satu Call Boleh Dapatkan Khidmat Seks - Iklan Bercambah Di Akhbar Arus Perdana


ANTARA iklan penjagaan kesihatan di akhbar yang sebilangannya
turut menawarkan perkhidmatan seks.


KUALA LUMPUR - Hanya dengan satu panggilan sahaja, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan khidmat seks!

Itu antara taktik terbaru yang digunakan oleh segelintir pengusaha rumah urut di sekitar Lembah Klang terutama yang beroperasi secara haram.

Jika sebelum ini lelaki hidung belang yang ingin mendapatkan khidmat seks perlu mengunjungi rumah-rumah pelacuran, kini semakin banyak rumah urut yang turut menawarkan perkhidmatan tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, dengan berselindung di sebalik nama pusat urut, rawatan kecantikan atau penjagaan kesihatan, pengusaha terbabit kini berani mengiklankan premis mereka di dalam media cetak.

Dengan memaparkan jenis perkhidmatan yang disediakan serta nombor telefon untuk dihubungi tanpa meletakkan nama lokasi yang lengkap, pasti ramai yang menyangka iklan itu hanya menawarkan perkhidmatan urutan sahaja.

Wartawan Kosmo! yang cuba membuat siasatan dengan menghubungi tiga buah rumah urut di sekitar Lembah Klang yang mengiklankan perniagaan mereka di dalam akhbar mendapati kesemuanya menawarkan perkhidmatan seks.

Seorang pekerja rumah urut yang dikenali sebagai Farah ketika dihubungi berkata, premis tempatnya bekerja yang terletak di Jalan Ipoh kerap dikunjungi sejak diiklankan di dalam akhbar.

- KOSMO

1 comments:

  1. Macam-macam ada kalau pemimpin negara ini masih dok tolak Islam.JANGAN PELIK....KEADAAN INI AKAN MENJADI BERTAMBAH PARAH LAGI JIKA UMNO TERUS MEMERINTAH NEGARA INI............APCO KAN?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.