Kemaskini- Al-Fatihah : Anak Kepada Exco Meninggal Dunia Terlibat Dalam Nahas Jalanraya Di Jeniang

Shubihi Muhamad Zain

SUNGAI PETANI, 3 Sept: Dua anak lelaki kepada Exco kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Jeniang, petang semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kedua-dua beradik yang menaiki kereta Perodua Kelisa bersama dua lagi rakan mereka dalam perjalanan pulang dari Sik ke rumah mereka di Sungai Petani.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dinaiki mereka terbabas di sebuah selekoh berhampiran Pekan Jeniang ketika cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua beradik yang tidak sedarkan diri dan kritikal itu terpaksa dikejarkan ke HSAH dan dimasukkan ke ICU, manakala rakan-rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Sik.

Anak kedua kepada Dr Hamdan (Adun Tg Dawai) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya petang semalam telah meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Solat jenazah pada pukul 11.00 pagi ini di Masjid Lama Merbok. Al-Fatihah

Dr Hamdan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan ketika ditemui berkata, salah seorang dari anaknya itu masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menjalani dua kali pembedahan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.