Adakah Polis Pembela Rakyat???

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGOs) seperti Amnesty International Malaysia (AIM), Sembang-sembang Forum dan Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (PERMUAFAKAT) serta parti politik iaitu Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Angkatan Muda KEADILAN Negeri Pulau Pinang dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Pulau Pinang menganjurkan Wacana Rakyat bertajuk "Adakah Polis Pembela Rakyat?" pada 26hb September 2010 (Ahad), jam 8.30 malam bertempat di Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, Butterworld.

Banyak persoalan telah dibangkitkan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk kuasa ketiga dalam pasukan polis dan juga isu-isu yang pelanggaran dengan hak asasi manusia.

Pelanggaran hak asasi manusia yang serius boleh dilihat di dalam tindakan keras anggota polis terhadap peserta perhimpunan-perhimpunan aman, termasuk perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di mana seramai 589 orang, termasuk kanak-kanak telah ditahan.

Di bawah pimpinan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan selama empat tahun sejak 2006, PDRM mempunyai rekod dan reputasi yang teruk di dalam isu hak asasi manusia. Statistik rasmi kerajaan menunjukkan bahawa seramai 183 orang telah mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009. Antara kes yang paling serius adalah penembakan mati remaja Aminulrasyid dan Mohammad Afham oleh polis.

Selain itu, terdapat sebanyak 153 kes kematian dalam tahanan polis antara tahun 1999 hingga 2008. Pada tahun 2009, seramai tujuh orang telah meninggal dunia di dalam tahanan polis. Antara kes-kes yang diketahui umum termasuk kematian A. Kugan, R.Gunasegaran, Mohd Anuar Sharip.

Kami berharap mendapat maklumat mengenai polis dan idea-idea reform melalui wacana rakyat kali ini.

Panelis:
1. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena, Naib Presiden PAS Pusat)
2. Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah, Naib Ketua AMK Pulau Pinang)
3. Wong Hon Wai (EXCO Kerajaan Pulau Pinang, ADUN Ayer Itam, Pengarah Pendidik Politik DAP Negeri Pulau Pinang)
4. Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Moderator:
Nora Murat (Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia)

*Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Saudara Ong Jing Cheng 012-7583779 atausuarampg@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.