SIS: Tetapkan 18 Tahun Had Umur Minimum Kahwin Muda.... Sapa2 Boleh Sokong Ka...

SIS berkata puberti sahaja tidak cukup sebagai ukuran kematangan. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Sisters in Islam (SIS) menggesa kerajaan persekutuan menetapkan had umur minimum 18 tahun bagi seseorang untuk mendirikan rumah tangga bagi mengawal perkahwinan pada usia muda.

Melahirkan kekhuatiran dengan keputusan Majlis Agama Islam Melaka yang melonggarkan usia bernikah 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun untuk lelaki dengan kebenaran Mahkamah syariah, jurucakap SIS Prof Noraini Othman berkata, pihaknya mahu agensi agama itu mengkaji semula keputusan mereka.

“Kami menggesa Majlis Agama Islam Melaka mempertimbangkan semula keputusannya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Norani berkata kajian kendalian agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan wanita di seluruh dunia menemui kesan-kesan negatif akibat perkahwinan kanak-kanak ke atas kehidupan golongan muda.

“Berbanding menggalakkan perkhawinan kanak-kanak, kerajaan negeri seharusnya menyokong pendidikan seks dan meningkatkan kesedaran bagi membolehkan mereka (golongan muda) membuat keputusan berdasarkan pengetahuan tentang hak dan persefahaman bersama,” kata beliau.

Selain itu jelas Norani, SIS juga menekankan pendiriannya bahawa dalam al-Quran usia kahwin dikaitkan dengan pertimbangan yang wajar dan pemikiran yang matang.

“Puberiti sahaja tidak mencukupi,” kata beliau.

Malah kata Norani, keputusan majlis itu bertentangan dengan peruntukan Akta Kanak-kanak 2001 dan konvensyen hak asasi manusia yang turut diterima oleh Malaysia.

“Sementara kami mengalu-alukan kenyataan Datuk Shahrizat Abdul Jalil membidas perkhwinan kanak-kanak, kami juga menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka untuk membantu pembuat dasar dan pegawai-pegawai agama tentang kesan perkahwinan kanak-kanak,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Katanya, Mahkamah Syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.

“Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur,” katanya.

Beliau memberitahu tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes.

Kelmarin, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka bersetuju dengan kerajaan Melaka untuk memberi kelonggaran bernikah bagi pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan perempuan di bawah 16 tahun, bagi mengatasi masalah hamil luar nikah dan gejala pembuangan bayi.

Malah, sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.