Oh Perempuan.... Adakah Ini Yang Lelaki Mahukan??

10 situasi lelaki yang wanita harus fahami. Betul atau tidak?

  1. Bila si dia sibuk... Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau pun menemani kamu pergi membeli belah.
  2. Bila si dia ego... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoaan bila sikap begini menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
  3. Bila si dia romantik... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupas selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
  4. Bila si dia panas baran... Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
  5. Bila si dia penat... Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu berehat secukupnya dan jangan memaksa di membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.
  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... Cuba berterus terang dan luahkan rasa tidak puas hati kamu terhadap sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
  7. Bila si dia mengongkong...Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut sahaja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.
  8. Bila si dia selamba... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya buat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ni selalunya ingin kita yang memulakan dulu. Sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaiman untuk menarik perhatiannya.
  9. Bila si dia curang... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
  10. Bila si dia lurus bendul... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinua tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Ni apa yang perempuan patut fahami situasi lelaki. Tapi sejauh mana kebenarannya. Aku pun tak tahu. Tapi aku, sebagai lelaki, mengakui kadang-kadang info di atas ni memang dikehendaki lelaki. Tapi bukan semua lelaki mempunyai perangai yang sama. Terpulang kepada individu tu sendiri. Jadi pendapat anda bagaimana?

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam brother..
    Alhamdullilah.. apa yg ada 10 di atas
    itu semuanya dapat diatasi bersama mr. hubby =)
    cuma mahu menyentuh tentang bab CURANG dan LURUS BENDUL..
    ramai kaum hawa dan adam tidak bijak menangani masalah ini..
    Ramai yg suka mengambil kesempatan pd yg 'lurus bendul'
    dan bab curang, ramai yg gemar menuduh melulu tanpa siasatan. (paling tidak suka hal ini)
    Jadi harus lebih bijak atasi agar tidak berlaku pergaduhan.. >__<

    ReplyDelete
  3. lebih dari kesemua sepuloh perkara disebutkan tu telah adik buat bang oii!!,gamaknya amat letih dan memilukan hati ini dengan kerenah insan bernama lelaki.setelah sekian lama bertahan,bersabar serta bermunajat,akhirnya benteng dituboh yang kerdil ini rebah juga atas sifat pasrah.disebalik apa yang telah berlalu adalah pengajaran buat adik tanpa ada perasaan kesal atau dendam,sebab adik telah berkorban masa,keringat, berbuat yang terbaik bagi seorang insan bernama lelaki serta keluarganya.pada lelaki ini usah kau pujuk adik lagi,a leorpard will never sheds its spots.sekarang senyum adik bukan milikmu dan bukan pula untok sesiapa pun,ianya kepunyaan adik insan biasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.