Gambar2 Perkahwinan Maizati Bekas Isteri Ustaz Akhil Hayy - Janda Kahwin Teruna


 MAIZAWATI  dan  Mohd Yassin Ben, selepas diijabkabulkan di Taman Utama, Ipoh semalam.
MAIZAWATI dan Mohd Yassin Ben, selepas diijabkabulkan di Taman Utama, Ipoh semalam.

gambar perkahwinan maizawati zainal

maizawati zainal kahwin dengan yassin ben


Maizawati terharu kembali bergelar isteri

IPOH: Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, di rumah pengantin perempuan di Taman Utama, Bercham, di sini, semalam.

Gelaran isteri kembali kepadanya pada jam 12.30 tengah hari selepas pasangannya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, menyempurnakan akad nikah dengan sekali lafaz.
Perkahwinan itu yang ketiga bagi Maizawati selepas kes perceraiannya dengan Akhil lebih setahun lalu mendapat liputan meluas media, manakala pertama bagi Mohd Yassin.

Enam anaknya iaitu empat hasil perkahwinannya dengan Akhil iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9; Muhamad Shariff Hidayatullah; 12 dan Siti Nur Maisarah, 13 serta dua anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel Arif, 16, dan Deanna Sofea, 17, hadir pada majlis itu.

Maizawati berkata, perbezaan umur bukan penghalang bagi dirinya dan Mohd Yassin membina rumah tangga yang diharap kekal abadi.

“Saya sendiri tidak menyangka ini (perkahwinan) akan berlaku. Segala persiapan hanya dilakukan minggu lalu dan bersyukur berkat ketentuan-Nya, semua berjalan lancar dan kami kini bergelar suami isteri,” katanya sebaik selesai majlis itu.
Mengulas mengenai suaminya, Maizawati berkata, beliau terpikat dengan Mohd Yassin yang memiliki sifat penyayang dan suka kanak-kanak.

“Kehadirannya memberi semangat untuk saya dan anak-anak meneruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yassin berkata, beliau terpaut hati terhadap kelembutan dimiliki Maizawati sepanjang perkenalan sejak Julai tahun lalu dan tidak menyangka ia berakhir ke jenjang pelamin, walaupun terpaksa menempuhi banyak cabaran dan dugaan.

"Selepas ini, saya mempunyai tanggungjawab lebih berat sebagai seorang suami dan bapa, tetapi saya akan melaksanakannya sebaik mungkin, tambahan pula hubungan dengan anak-anak (tiri) sangat rapat," katanya.

Bapa Maizawati, Zainal Jani, 55, berkata beliau merestui perkahwinan anak perempuannya itu dan berharap semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.