Kes enjin jet: Permohonan Sarjan N Tharmendran kurang ikat jamin - 6 Julai

Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menetapkan pendengaran permohonan pengurangan jaminan sarjan tentera udara, N Tharmendran yang dituduh mencuri dua enjin jet pejuang pada 6 Julai.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan pendengaran tersebut hari ini.

Timbalan Pendakwaraya Hamidi Mohd Noh memohon penangguhan itu bagi menyediakan afidavit jawapan bagi kes berkenaan.

Hamidi berkata pihaknya tidak menerima afidavit yang dikemukakan.

Penangguhan itu juga dipohon bagi mendapatkan arahan lanjut daripada pihak atasannya, kata Hamidi ketika membuat permohonan tersebut.

Datuk Su ketika memutuskan perkara itu berkata, beliau berharap tempoh berkenaan akan dapat menyelesaikan apa-apa "masalah komunikasi" di pihak pendakwaan.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini masih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.

Bapanya, N Nagarajah, 71 berkata, mereka berhasrat untuk menjual rumah keluarga mereka di Kg Jiboi Ampangan, Seremban, kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk mengumpul wang tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.