DS Ustaz Azizan berharap pilihanraya kecil Kota Siputeh jadi kenyataan

ALOR SETAR, 28 Julai - Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berharap Pilihan Raya Kecil (SPK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dapat diadakan dalam masa terdekat supaya rakyat kawasan itu mempunyai wakilnya segera bagi menyelesaikan beberapa kes tertunggak.
“Buat masa ini Kerajaan Negeri melantik Ahli Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Hitam YB Ustaz Abd Ghani Ahmad sebagai ADUN angkat kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Kerajaan Negeri menerima notis daripada Mahkamah Rayuan yang dihantar kepada peguam yang dilantik Kerajaan Negeri untuk memaklumkan prosiding kes itu.

“Notis dari Mahkamah Rayuan yang memaklumkan esok (29 Julai) tarikh menetapkan prosiding kes Kota Siputeh dan kita akan menghantar Penasihat Undang-undang dengan peguam mewakili Kerajaan Negeri untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan itu,” katanya.

Ini kerana Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan prosiding pengurusan kes Kota Siputih hari Khamis (29 Julai) terhadap rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh berikutan penyandangnya Dato’ Abdu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut.

Menurutnya, pihak mahkamah akan membuat prosiding pengurusan kes terlebih dahulu dengan meneliti dokumen-dokumen sebelum menetapkan tarikh perbicaraan isu DUN Kota Siputeh.

Sehubungan itu, tambahnya lagi, sekiranya keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri saya bimbang perkara ini akan berlarutan kerana Barisan Nasional sudah tentu akan membuat rayuan sekali lagi bagi menangguhkan PRK diadakan.

“Mereka akan membuat rayuan supaya kes ini dilengah-lengahkan seperti mana apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan PRK diadakan, mereka membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu,” katanya.

Bagi Menteri Besar, lebih elok diadakan PRK kerana keputusan kes ini berada di tangan penduduk Kota Siputeh menentukan sokongan mereka terhadap mana-mana pihak.

Pada 23 November tahun lepas Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-kuasa Khas) Datul Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguh perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pasa 16 November apabila mengistharkan kerusi Dun Kota Siputeh kosong dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan ADUN lagi.

Beliau turut mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan PRK bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.