Julai — Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 14 Julai ini untuk menjalani rawatan susulan.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata tujuan rawatan tersebut adalah untuk menukar tiub di perut Sultan yang berfungsi untuk menyalurkan makanan.
Beliau bagaimanapun berkata rawatan susulan itu tidak diuruskan oleh Pejabat Sultan Kelantan dan setakat ini pejabat itu tidak dititah menguruskan rawatan susulan tersebut.
Katanya sebelum ini Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra bertitah sebarang rawatan ke atas baginda Sultan di luar negara perlu mendapat perkenan baginda selepas dirujuk kepada pakar perubatan dalam negara seperti yang digariskan dalam peraturan kerajaan.
“Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra amat prihatin terhadap kesihatan Sultan Kelantan dan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya rawatan yang hendak dilaksanakan di Hospital Mount Elizabeth tidak terdapat dalam negara dan telah dirujuk dan disyorkan oleh pakar-pakar perubatan dalam negara dan dibincang di kalangan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat sungutan rakyat untuk mengetahui kedudukan sebenar keadaan kesihatan Sultan dan ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak mendapat perkenan Sultan mahupun Pemangku Raja yang menyebabkan timbul kekeliruan.
“Cadangan untuk mendapatkan rawatan di luar negara tanpa mengikut prosedur yang digariskan menambahkan kekeliruan di kalangan rakyat dan ada pihak membuat andaian bahawa ianya dibuat untuk melindungi keadaan sebenar Tuanku Sultan,” katanya.
Tuanku Ismail yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei tahun lalu untuk menerima rawatan.
Baginda kemudiannya dihantar ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lalu.
Pada 4 Mei lepas, Tuanku Ismail dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik oleh kerajaan negeri dan baginda dibenarkan keluar dari HUSM pada 9 Mei. — Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 10
(10)
- KDN Tolong Tengok Sat.. Mana Lebih Bahaya, Jangan ...
- Pengalaman awal pembedahan pintasan jantung
- Isu Felda: PM kecewa Suara Keadilan Tidak Mohon Ma...
- Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?
- 14 Julai - Sultan Kelantan Akan Terima Rawatan Sus...
- Cut Tary, Luna Maya Jadi Suspek Kes Video Lucah......
- Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet N...
- RM1.4 juta Segerakan kepada Puan Suzana Diatas Kem...
- Artikel Altantuya: Chegubard Ditahan Polis Ketika ...
- Jangan biarkan peraturan berat sebelah: TGNA
-
▼
Jul 10
(10)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment